Assalamualaikum, lately ramai mai dengar kawan mai mengandung. ada yang anak pertama, ada yang dah nak masuk 3 orang.Syukur Alhamdulillah kerana bukan semua pasangan direzeki kan dengan anak dan untuk kita yang sudah ada WAJIB bersyukur dengan rezeki Allah yang tidak terhingga. selain dari suami yang baik, kita sentiasa doakan zuriat kita juga menjadi zuriat yang membahagiakan.
Dikesempatan ini mai nak share LIMA KEPERLUAN MAKANAN WANITA MENGANDUNG dimana wanita mengandung hendaklah memenuhi keperluan ini selama 9 bulan tempoh mengandunng.
Secara amnya, wanita mengandung perlu memilih makanan yang tinggi kandungan kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan asid folik. Kebiasaanya, bagi wanita mengandung Doktor di Klinik menasihati kita untuk mengambil asid folik dan suplemen zat besi untuk melengkapkan keperluan harian ketika.
Berikut merupakan makanan yang baik untuk wanita mengandung amalkan selama tempoh mengandung:
Sayur-sayuran & buah-buahan
- Buah-buahan dan sayur-sayuran kini berada ditangga paling bawah. Ini bermaksud, buah-buahan dan sayuran-sayuran hendaklah diambil dengan kuantiti yang paling banyak.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menyediakan serat makanan (dibungkus dengan mikronutrien), vitamin, dan mineral untuk perkembangan janin dan ibu juga.
- Cukup serat dapat mengelakkan wanita mengandung sembelit, selain itu dapat mengurangkan risiko preeklampsia (tekanan darah tinggi), dan diabetes semasa mengandung.
- Buah sitrus seperti oren banyak membantu mengatasi loya, buah oren juga membantu mengelak dari sembelit.
Karbohidrat
- Karbohidrat kini merupakan makanan kedua dari bawah kerana karbohidrat merupakan sumber makanan yang perlu diambil kedua paling banyak selepas buah-buahan.
- Karbohidrat dapat menyediakan kalori untuk menyokong keperluan tenaga anda dan mengelakkan dari diri menjadi lesu.
- Sumber karbohidrat yang sihat termasuk roti perang atau nasi, quinoa, kekacang dan oat.
- Namun, cuba hadkan pengambilan karbohidrat yang diproses dan ditapis seperti roti putih, pasta dan pastri kerana mengandungi tepung gandum yang diproses
- Diantara kelebihan karbohidrat adalah ia dapat meningkatkan mood wanita mengandung, baik untuk jantung,dan mengekalkan ketajaman minda,
- Produk tenusu berada ditangga ketiga dari bawah , ini bermaksud keperluan tenusu adalah penting selepas buah-buahan, sayur-sayuran dan juga karbohidrat.
- Produk tenusu merupakan bahan yang menggunakan susu sebagai bahan utama
- Wanita hendaklah memilih susu rendah lemak, keju atau yogurt.
- Dengan protin yang mencukupi, ia dapat membekalkan kalsium untuk membangunkan gigi, tulang, jantung, otot dan sistem saraf bayi anda.
- Sumber kalsium yang baik, dengan cukupnya kalsium dapat mengurangkan rasa lesu atau letih bagi ibu, menguatkan tulang si ibu dan dapat mengekalkan gigi dalam keadaan baik.
Protin tanpa Lemak
- Hidangan yang dicadangkan adalah 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging / ayam tanpa lemak, 1 hidangan kekacang.
- Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang mencukupi, terutamanya otak. Ia membantu meningkatkan bekalan darah kepada bayi dan menyediakan badan untuk laktasi.
- Sumber protein yang baik adalah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, telur dipasteurisasi, salmon, kacang dan kekacang.
- Jika ibu wanita merupakan seorang vegetarian, pastikan ibu makan pelbagai jenis protein berasaskan tumbuhan untuk mendapatkan semua keperluan protein dan asid amino penting.
- Pengambilan protein harus meningkat dengan setiap trimester kehamilan ibu, antara 3.5 hingga 7 hidangan sehari.

Penghidratan
- Minum 6-8 gelas air setiap hari. Ini bukan dikhususkan untuk ibu mengandung tapi untuk semua supaya badan cukup keperluan air.
- Jika ibu suka kopi, berhati-hati dengan pengambilan kafein dan ibu perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada satu cawan sehari atau bertukar kepada tanpa kafein sama sekali.
+++++++++++++++++++
Diharap artikal ini dapat membantu ibu atau wanita-wanita mengandung dalam menjaga diri sentiasa dalam keadaan sihat.
Dapat sesuatu?
Humaira Abdullah
0 pengkritik:
Post a Comment