Pages

Friday, July 28, 2023

Tips Travel Bersama Si Kecil

My Favourite topic! Tips Travel with BABY

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hot Ballon area, Cappadocia Turkiye 2022

Assalamualaikum, introduce my baby Adelina Safiyyah, 2 tahun 4 bulan (28July2023) yang dah travel ke 3 buah negara termasuk Istanbul, Cappadocia, Korea Selatan dan Singapore plus 1 domestic flight ke Langkawi. Alhamdullillah semua perjalanan naik flight dengan Adelina sangat smooth walaupun perjalanan KL-DOHA-TURKIYE mengambil masa total dalam 11jam.

ramai tanya tips nak bawa baby berjalan sebab ramai risau..risau anak nangis, risau takmampu handle, risau anak mengamuk for no reason tp percaya ibu-ibu hanya kita yang kenal anak kita not even themself. kita yang tahu diri dia especially behavior dia. kita yang tahu. 

kalau nak travel, perkara PERTAMA yang ibu kena makesure adalah umur anak. jika less than 2 years (regardless the months), anak tiada kerusi. means anak akan diriba dan sepanjang umur 2tahun adelina travel, memang sepanjang travel. takpernah ada rezeki dapat seat extra. semua diriba tp Alhamdulillah, ibu ok je walaupun 11jam diriba ok =)

kalau umur sudah menjejak 2tahun, anak perlu ada seat sendiri dan cost seat adalah SAMA dengan dewasa. harga flight tiada ikut umur or gender ya kecuali less 2 years. kalau harga tiket ayah RM3,000 anak 2tahun 1 hari juga RM3,000. Makesure cari harga yang berbaloi kerana tiket flight merupakan portion cost yang paling besar/significant.

Adelina di Universal Studio Singapore, 2023

seterusnya, pilih waktu flight yang bersesuaian dengan waktu tidur anak. jika biasanya dia tidur lepas zohor sehingga waktu asar. KALAU BOLEH cari flight waktu tersebut. dan waktu flight paling baik adalah 11mlm keatas (untuk long distance flight) , seronok sebab naik flight anak confirm tidur for atleast 5-6 hours dan waktu itu dan hampir terankum total flight hour.


Berhadapan AIRBNB di Seoul, Korea 2023

ok now, flight tiket dah ada. bagaimana pula tips nak bagi anak selesa didalam flight. PERKARA PALING PENTING ketika TAKE-OFF, makesure anak menyusu atau sebenarnya kita nak anak telan airliur ketika perubahan tekanan udara pada waktu take-off and landing supaya telinga anak tak sakit. landing tak terasa macam ketika take-off. untuk anak menyusu, susukan ketika pilot mention "cabin crew, ready to take off"


perkarangan hagia saphia, Istanbul 2022

Ewha Woman University, Korea 2023


TOYS or FOOD > disemua tempat pelepasan/immigration setakat kami lalu bersama anak. semua melepaskan kami makanan dan minuman yang kepunyaan anak. YES! semua lepas. tapi makanan dan minuman tu mesti la sesuai dengan keadaan anak. air yang dibawa mesti lah dalam bekas minuman anak, even kalau beli botol pun mesti la size yang sesuai untuk anak. toys, makanan dan minuman ini perlu ya untuk elakkan anak super boring. kalau ibuayah boring masih boleh kawal perasaan tapi anak masih takpandi, jadi kita sebagai parent kena pandai kawal perasaan anak. sebab itu for long distance journey, kebanyakkan flight akan bagi hadiah kepada kanak-kanak ia untuk sedikit sebanyak hilangkan rasa sunyi

Flight domestic dari Istanbul ke Cappadocia, 2022

EXTRA sepersalinan baju anak termasuk pampers. untuk ibu moden macam mai, mai kurang bawa beg khas untuk anak. mai akan bawa beg which is FOR ME. tapi mai akan sediakan satu beg untuk kami dan anak incase anak muntah, makan comot atau apa-apa incident berlaku dalam flight. kalau long distance pun boleh je tukar baju anak selepas 4-5jam pakai dan dia akan selesa dengan berbaju baru dan pampers baru. pampers selalu tukar sebelum anak takselesa. SUPERMOM is always kehadapan.


Domestic Flight, KL ke Langkawi 2023

last sekali, TISU BASAH. mai rasa tisu basah sepatut menjadi tips no 1 sebab bila deal dengan anak ni terlalu banyak perkara diluar jangka yang berlaku termasuk comot makan, jalan terjatuh, hingus keluar, terbatuk, termuntah dan banyak lagi. mai pernah takbawa tisu basah masa ke Singapore dan memang diakui sangat susah ya. even tisu basah tu keperluan untuk ibuayah juga. senang nak lap-lap dan mantain bersih.


Adelina di depan airbnb ketika di Seoul. 

dan last sekali, very quick tips sediakan baju yang sesuai dengan suhu, kasut yang selesa dan stokin yang selesa. banyak pun takpa. stroller takmahal takpa tapi yang biasa guna dan kalau boleh ada tempat isi atau sangkut barang. sentiasa bawa makanan, tisu basah dan baju extra walau dimana sahaja, botol air khas untuk dia pun sentiasa bawa dan ada isi.

Actually banyak tips yang seronok dikongsi but here you gooo.... yang paling basic dan penting. ENJOY! dan semoga bermanfaat.

Best regards,
Humaira Abdullah

1 pengkritik:

Anonymous said...

cucu wan memang suka jalan2

Post a Comment