Bismillah
Setahun menanti, lepas dapat berita berkenaan diri mengandung.1st trimester focus ke klinik kesihatan sahaja, second trimester baru start gali ilmu berkaitan breastfeeding dan ilmu membesarkan anak. Banyak kelas dan webinar mai join kebetulan waktu PKP dimana hampir seharian berada dirumah. Disebabkan itu juga banyak ilmu-ilmu berkaitan anak dapat mai belajar dari kelas-kelas free dan juga berbayar.
mai mencari ilmu dengan serius. disebabkan serius itu,mai join #theartofbreasfeeding webinar kelas dengan Kak Nad owner kpd facebook Feed by Ummi Najla. dari sesi ke 4 sehingga ke 10 dan semua kelas mai ada sijil pengesahan. Kaknad merupakan certified laktasi kaunselor dan banyak ilmu berkaitan susu ibu, bengkak susu dan pelbagai lagi yang mai dapat dari kak nad. dimana ilmu tersebut sangat limited nak dapatkan di carian google.
Dalam sesi webinar tersebut ramai guest-guest jemputan adalah pakar dalam bahagian masing-masing sebagai contoh :
1) Pn Uswa,Konsultan tangisan dan tidur bayi juga merupakan owner kepada facebook; Baby Language.
2) Pn Adibah Zakaria, Pegawai Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.
3) Pn Aisyah, juga merupakan Occupational Therapist dengan nama facebook Siti' Aisyah Rozalli
4) Dr Rozanizam,pakar Psikiatri UiAM dengan nama facebook Dr Rozanizam Zakaria
dan ramai lagi pakar-pakar dari pelbagai bidang especially kanak-kanak. mai juga join breastfeeding carnival yang dikelolai oleh Sultan Ahmad Shah Medical Center (SASMEC),IIUM secara online.
SELAIN dari ilmu wajib, bagi mai untuk seorang ibu first time atau ibu yang mahukan kehidupan selepas kelahiran anak terurus dengan baik. mai juga sangat mementingkan pemakanan atau penyusuan untuk anak mai khusus untuk 2 tahun pertama. ketika webinar kelas #theartofbreastfeeding kami participant sering diingatkan bahawa "SEMUA IBU MAMPU SUSUKAN ANAK SENDIRI.." dengan cara bagaimana?dengan cara dapatkan ilmu ketika bayi belum lahir.ketika dalam perut lagi. bukan ketika bayi sudah lahir. Dengan keputusan tepat mai lakukan semasa bayi dalam perut, anak mai mampu:
1) masuk tidur pada jam 8pm dari umur 11 hari sehingga harini 2 tahun 3 bulan. tempoh tidur yang baik adalah seperti dibawah:
Adelina mampu tidur dengan baik dari jam 8pm sehingga 6-7am keesokkan hari dengan ilmu yang diajar oleh Puan Uswa. Jujur mai cakap, sepanjang jadi ibu sangat jarang mai ada masalah tidur sebab adelina memang benar-benar tidur. Jumlah tidur yang cukup boleh membuat anak bantut. jadi ibu-ibu sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
2) Adelina mampu berjalan seawal 11 bulan dan mampu mengeluarkan patah perkataan se-awal 12 bulan.
3) Adelina mampu mendengar arahan dengan baik, cara repeating same words sangat membantu untuk Adelina tidak cepat melenting atau tantrum tanpa sebab. Adelina tiada masalah tantrum semenjak lahir dan pada umur 2 tahun, Adelina telah travel ke 3 buah negara dengan jarak perjalanan hampir 12 jam iaitu ke Turkiye, Seoul dan Singapore dan Adelina dapat adopt keadaan dengan sangat baik.
3) Selain itu, Adelina merupakan anak yang sepenuhnya minum air susu ibu. Mai tiada masalah susu walaupun Adelina baru dilahirkan. takperlu urut kerana memang susu dan melimpah ketika diHospital lagi sehingga sekarang. Selain teknik marmet, simpanan susu, waktu perahan, tempoh perahan yang diajar di webinar tersebut. mai sesungguhnya mengamalkan pemakanan vitamin daripada Shaklee dan menjadikan diri sendiri sebagai Testimoni Shaklee diantara yang wajib untuk susu dan penyembuhan luka selepas bersalin adalah ESP Shaklee dan Vitamin-C.
double-line selepas 1 tahun perkahwinan
kolostrum susu selepas beberapa jam kelahiran Adelina. mai masih simpan susu kolostrum dipeti walaupun sudah berumur 2 tahun.
sebulan selepas kelahiran Adelina. First time percubaan untuk pam untuk persediaan akan masuk kerja selepas 2 bulan cuti.
stok yang meriah untuk stok ketika mai masuk kerja semula
betapa meriahnya susu, even guna manual pun. mai mampu dapat sehingga 5onz persesi. hanya menggunakan teknik marmet dengan betul.
stok dipeti, dimana mai hadkan hanya 3onz per pack untuk sekali minum.. untuk memudahkan orang yang menguruskan Adelina.
terlalu banyak gambar kenangan dengan susu untuk Adelina, gambar ini diambil pada 15 may 2023 iaitu ketika umur Adelina 2 tahun 2 bulan. susu masih meriah dan masih banyak. walaupun kekerapan penyusuan sudah kurang tetapi susu masih banyak.
Bagaiman ESP membantu dalam penghasilan susu ibu? ESP merupakan protin berunsurkan tumbuh-tumbuhan dimana protin yang terbaik adalah protin daripada tumbuhan. pakar pemakanan mengesyorkan untuk ibu menyusu untuk mengambil protin dengan lebih dari kadar biasa bagi seorang wanita dengan pertambahan 19g untuk 6bulan pertama dan tambahan 13g untuk 6bulan kedua rujuk kepada Recommended Nutrient Intake (RNI)(2017). Untuk wanita biasa berumur 30-59, kadar protin yang disarankan sehari adalah 52g. bermaksud jika menyusu, wanita hendaklah mendapatkan sekurang-kurangkan 52g+19g sehari iaitu 71g sehari.
Selain itu, kebaikan ESP Shaklee adalah seperti berikut:
Kenangan membesarkan Adelina dengan ilmu dan good supplement Alhamdulillah badan masih mantain slim, stamina masih baik, perut takbuncit, tiada selulit, tiada sakit belakang dan sentiasa awex muda InsyaaALLAH.
2023, Universal Studio Singapore
2022, Istanbul Turkiye
2023, Ewha Womans University, Seoul Korea
+++++++++++++++++++++++++
kawan-kawan yang dapat khasiat dengan ESP Shaklee
Bagaimana mai dapat bantu anda dengan menjadi ibu yang mampu susukan anak sehingga 2 tahun?
mai, pengedar shaklee kuantan
ig : humairabd
facebook : Humaira Abdullah
whatsapp : http://wasap.my/60148415424/blog
Harap dengan sharing ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada ibu ibu yang baru first time menjadi ibu dan diharap moga entry ni di baca oleh Master N dan dipilih mendapat tajaan hadiah daripada www.anakkuwira.com.
Humaira Abdullah
0 pengkritik:
Post a Comment