Pages

Friday, June 2, 2023

Percutian Satu Motivasi


Assalamualaikum, apa Kata-Kata Motivasi anda untuk terus bertahan dalam keadaan sekarang?
samada anda seorang pekerja makan gaji 
seorang ibu atau ayah
seorang anak 
seorang isteri yang berbakti untuk suami

walau apapun motivasi anda, teruskan momentum.
sememangnya kita memerlukan BIG WHY untuk kekal bertahan.
begitu juga mai yang terus bekerja 9am-6pm setiap hari dengan harapan duit gaji yang diterima, disimpan untuk PERGI TRAVEL!! because i loveee travel.
mai dah travel hampir 24 buah negara dan hampir 50 state around the world. mai start travel since belajar di university dengan berbekalkan duit PTPTN. im good on saving and budgeting dan Alhamdulillah berjaya. dan mai juga pernah ke benua europe untuk 1 bulan untuk travel bersama kawan dan solo trip dari Malaysia-Abu Dhabi-London

Tanggal 10Mar2023, mai sekeluarga 10 dewasa 2 kids 2 babies menjejakkan kaki ke SEOUL, KOREA selama 7 hari. Alhamdulillah seronok takterkata kerana satu keluarga besar mai semua diangkut sama. pada tahun 2022, mai sekeluarga juga ke turkiye tapi family abg sulong tak berkesempatan tapi kali ni Alhamdulillah. FULL HOUSE.

<gambar di hadapan airbnb 4bilik, penginapan sepanjang kami di Seoul>
dari kanan.Adik Ipar Zufar, Adik no 4 Athira,Kak Ipar Kak Lia, Adik no 5 Bongsu Amira, Ibu, Ayah, Abang Long Huzaifah (dukung Hanis anak sedara no 3), Suami Aminur, Mai dan adik anak ke3 Aiman

dari depan kanan, Hanaa anak sedara sulong, Haziq anak sedara no2 dan Adelina my princess

<gambar di Nami Island, sebelum pulang ke darat. waktu malam sekitar jam 7pm. Ferry terakhir or maybe kedua terakhir pada hari tersebut>

Hanbook di sewa di Gyeongbokgung Palace. Harga hanbook sekitar RM60 untuk unlimited hours dan free for kids&babies. the only problem for us, SUPER COOL!! suhu -1 agaknya sebab terlalu sejuk. Jika kita sewa baju, entrance untuk masuk palace adalah FREE.


Actually SEOUL merupakan negara yang mai dah pernah datang. mai datang seoul tahun 2019 selepas kahwin (honeymoon). Seoul takpernah membosankan jika kita datang bersama dengan orang yang kita sayang. perjalanan seharian sangat seronok dan bahagia. walaupun melancong pada bulan mac tetapi suhu agak sejuk dan sangat sejuk. kanak-kanak sangat enjoy dan mereka semua Alhamdulillah well behaved.

my motivation. suami dan ibuayah

dan of course insan kecil yang lahir dari rahim dan serah semua kepada Allah ketika melahirkannya.

my suami, lelaki asing yang datang dalam kehidupan dan memberi kehidupan baru pada mai.

sepanjang di SEOUL, kami sempat singgah ke beberapa tempat menarik. setiap hari kami akan keluar rumah sekitar 10am, selepas semua anak-anak segar dan balik sekitar 9pm sebelum suhu semakin menurun dan kami sememangnya takmampu nak hadap. terlalu sejuk walaupun hanya 0 darjah pada malam hari.

Diantara tempat yang dituju :
1) Itaewon Mosque
2) Namsan Tower
3) Uwha University
4) Starfield Library
5) Lotte World
6)Dongdaemon Design Plaze
7) Myeongdong Street
8) Gyeongbokgung Palace
9) Nami Island
10)Namdaemum Market

Selepas KOREA, kemana kami akan pergi sekeluarga?TUNGGU...Jadikan travel sebagai my motivation untuk terus bekerja, terus berniaga dan simpan duit untuk travel. PERCAYALAH  dengan kata-kata motivasi.

"Travel,because MONEY returns but TIME doesn't..."


Best regards,

Humaira Abdullah

0 pengkritik:

Post a Comment