Pages

Monday, May 15, 2023

Senarai Buah Tangan Sesuai Dibawa Ketika Memenuhi Jemputan Rumah Terbuka

Assalamualaikum, di bulan Syawal ni selain ziarah menziarahi. Malaysia terkenal dengan sambutan open house, disana-sini diadakan sambutan open house. bukan sahaja rumah kediaman tetapi pejabat juga sering mengadapan open house. Berikut merupakan senarai BUAH TANGAN yang mungkin boleh dibawa untuk memenuhi jemputan Hari Raya Open House :

1) BUAH-BUAHAN

buah mangga, buah yang sangat sesuai dihadiahkan untuk tuan rumah. Buah mangga jarang dihidang ketika majlis tetapi sesuai untuk dijadikan buah tangan khas untuk tuan rumah menjamu ketika tetamu sudah pulang.


buah tembikai,  buah yang paling banyak dihidang ketika jamuan sebagai pencuci mulut. Sesetengah tuan rumah, jika tetamu membawa buah tangan kepada mereka, meraka akan terus berkongsi buah tangan tersebut kepada tetamu lain. Maka, buah tembikai adalah buah yang baik untuk dijadikan sebagai buah tangan ketika menghadiri rumah terbuka.

2) BISKUT RAYA

Biskut raya merupakan buah tangan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih kerana menjemput. Biskut raya sinonim dengan perayaan. Samada tuan rumah akan menghidangkan sebagai tambahan koleksi biskut raya diatas meja tetamu atau sebagai kudapan tuan rumah sahaja. Jika dibulan ramadan, biskut raya dijual dan dapat ditemui dengan mudah, berbeza ketika dibulan syawal. Jualan biskut raya tidak semeriah dibulan ramadan tetapi masih boleh ditemui di pasaraya atau di kedai bakery.

                                          3. AIR KORDIAL ATAU AIR BERGAS


Air bergas sememangnya air yang sesuai dijamu ketika perayaan kerana cepat dan mudah tetapi ia bukan la air yang bagus untuk diminum dengan kerap kerana kandungan gula yang tinggi. Air gas boleh dijadikan sebagai buah tangan kepada tuan rumah sebagai tambahan kepada air yang disediakan sebagai variasi minuman.

4. DESSERT


CREAM PUFF dan BROWNIES merupakan dessert yang sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada tuan rumah, harga bagi kedua dessert ini adalah sederhana. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal, ia nampak eksklusif bagi yang memberi dan tuan rumah turut dapat menghidangkan di atas meja tetamu sebagai pencuci muka tambahan.

5. KEREPEK


Tidak boleh tidak, selain dari biskut raya kerepek juga merupakan juadah wajib dimusim perayaan samada open house atau tidak. Tuan rumah pastinya akan gembira jika tetamu membawa kerepek sebagai buah tangan dan mereka boleh jadikan sebagai kudapan tambahan dikala berborak sesama kenalan atau saudara.

Jom kongsi apa lagi jenis buah tangan yang sesuai dibawa sebagai hadiah bagi memenuhi jemputan open house di Hari Raya.

------------------------------------------

Best regards,
Humaira Abdullah

0 pengkritik:

Post a Comment