- 1) Anda boleh mempromosikan dan memasarkan produk/servis bila-bila masa
Berbanding dengan perniagaan konvensional, bisnes online boleh beroperasi tanpa had masa. Pelanggan boleh membuat pembelian walaupun selepas waktu bekerja atau waktu perniagaan. Kempen promosi juga boleh ditetapkan bila-bila masa terutama di saat ramai pengguna online sedang melayari internet. Pendek kata, tiada kengkangan masa sehingga terpaksa keluar rumah, menempuhi aliran trafik kenderaan semata-mata untuk membuka kedai di luar seperti peniaga konvensional yang lain.
- 2) Kos murah dan ada kalanya tanpa kos langsung
Memandangkan bisnes ini adalah secara online, ianya tidak memerlukan tapak niaga atau sewa yang tidak berkaitan. Malah anda tidak perlu menggaji pekerja jika anda memulakan secara solo. Berbanding dengan bisnes konvensional, anda perlu memikirkan tapak niaga dan mungkin juga menanggung kos promosi. Sebaliknya, bisnes online bukan sahaja memerlukan kos yang murah untuk promosi malah kebanyakannya tiada kos langsung!
- 3) Menjadi asas mula berniaga
- 4) Mula bila-bila masa
- 5) Tidak memerlukan anda berada di kedai/gerai.
- 6) Sasaran pelanggan lebih luas
- Mudah kan berbisnes dengan Shaklee?❌ tak perlu simpan stok❌ tak perlu pergi ke kurier office untuk post❌tak perlu keluarkan modal yang banyak✅kos ahli hanyalah RM 35 atau FREE✅kos penghantaran RM 10 atau FREE jika order melebihi RM300✅SEMUA ahli shaklee boleh access ke website✅Order dihujung jari, dimana-mana sahaja dan 24 jam✅Penghantaran cepat✅barang dibalut kotak✅tiada invoice order didalam kotak++++++++++++++berminat nak mengetahui lebih lanjut berkenaan bisnes shaklee?whatsapp dibawah :
Tiada sesiapa yang berniaga untuk menanggung kerugian, bukan? Kerana itu ramai yang takut untuk mula berniaga. Sebenarnya, bagi anda yang baru menceburi bisnes, ada baiknya anda mencuba bisnes online dulu. Selain dari kos murah, anda juga terhindar dari kerugian besar jika strategi anda salah.
Jika anda sudah ada idea untuk berniaga online, anda boleh mulakan bila-bila masa. Anda tidak perlu turun padang mencari tapak niaga atau mencari pelanggan di luar. Sebaliknya, maklumkan sahaja perniagaan anda pada pengikut laman sosial anda. Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan kaji selidik pelanggan sasaran bila-bila masa melalui pengikut di laman sosial media anda. Ini berbeza dengan konvensional apabila peniaga perlu turun padang dan bersemuka dengan pelanggan.
Kedai dan gerai anda hanyalah di hadapan komputer atau handphone di mana sahaja. Berbanding bisnes konvensional, jika peniaga tidak membuka kedai maka tiadalah pendapatan.
Sebagai peniaga konvensional, mereka selalunya mensasarkan pada penduduk setempat sahaja. Apalagi jika mereka tidak pernah mengiklankan perniagaan di media cetak atau papan iklan tepi jalan? Bagi peniaga online pula, sasaran mereka lebih luas malah jika mereka berniaga berpandukan misi dan visi yang betul, mereka mampu mencapai pengguna global.
ramai orang dm dan bertanya dengan mai..tanya bagaimana nak start bisnes dalam keadaan tiada modal dan malu nak jumpa orang. itu memang isu yang paling utama untuk anak muda zaman sekarang. di dalam Shaklee, pihak Syarikat telah menyediakan satu platform BISNES ONLINE iaitu www.shaklee.com.my.
Melalui platform shaklee.com.my, ramai distributor Shaklee tidak perlu lagi menyimpan stok dan mengeluarkan modal yang banyak dan menyimpan stok yang banyak. Berbeza dengan teknik jualan di zaman konventional dulu dimana, pihak distributor hendaklah membeli stok dengan banyak dan menyimpan stok untuk menjual produk secara face to face.
melalui platform shaklee.com.my, kos penghantaran hanyalah RM10 per alamat dan jika belian barang melebihi RM300, kos penghantaran adalah PERCUMA. Kebiasaannya pihak Syarikat akan menggunakan kurier G-Dex dan mungkin kurier lain jika tempat dan alamat tidak dicover oleh G-Dex. setiap barang yang diterima juga kebiasaanya akan dibalut menggunakan kotak demi menjaga kualiti dan standard barang.
Selain itu, Shaklee juga membenarkan untuk membuat pengeposan sendiri tanpa melalui website, mengikut keadaan masing-masing atau urgency barang.
0 pengkritik:
Post a Comment