TANGGAL 19 MAC 2021
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah, tiba lah waktu yang ditunggu-tnggu. Anak ibu bakal dilahirkan menggunakan induce jika by 38months masih tak keluar dan 19 mac 2021 is the day.
Ibu on treatment due to health problem, so baby dinasihatkan untuk dilahirkan pada 38 minggu untuk elak komplikasi lain. Pada jam lebih kurang 11am, 18 Mac 2021 ibu bergerak ke hospital untuk warded dan dapat melahirkan anak pada 19 Mac 2021 tepat 38 minggu. Alhamdulillah masa ibu check in, sepupu suami ada on duty. Dr Ummu,MO gynae di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
so Dr Ummu lah check up ibu dgn kasih sayang dan penuh kebaikan; check VE tapi masih takda bukaan dan sebenarnya masa datang tu takrasa sakit langsung. tapi ibu obey je dengan keputusan hospital. selepas checkup dan tiada bukaan, disebabkan ibu kena lahirkan baby 38 minggu..ibu dimasukkan kedalam wad berisiko. tapi disebabkan wad masih penuh dan Dr Ummu berusaha juga nak dapatkan katil, Dr Ummu suruh pergi makan dulu tapi ibu siap balik rumah ^__*
walaupun dah masuk tiub, ibu masih berjalan-jalan ya sementra dapat katil.
ibu nak share dengan ibu-ibu lain apa yang patut dibawa ke hospital (khusus kerajaan) dan makesure barang yang dibawa tidak berlebihan dan tidak menyusahkan.
UNTUK IBU :
1) Buku Pink (wajib)
2) IC (wajib)
3) Sepasang baju untuk check out
4) Telekung dan sejadah (wajib solat sebelum melahirkan)
5) Extra tudung jika bersalin czer (warded 3 hari)
6) Seluar dalam sesuai (jika bersalin czer)
7) Bra perlu untuk keselesaan selepas bersalin (ibu takpakai dan takbawah, kesannya susu bertitis-titis selama duduk di wad)
8) Pakai selipar mesra tanda
9) Power bank ( kalau boleh 2-jika habis satu minta suami charge kan)
10) Termos (air panas tidak disediakan kecuali diminta)
11) Vitamin c dan zinc complex
12) Bekas kecik size dadih dan milk collector (incase perlu marmet sebab hari pertama susu mmg meriah) misi akan bantu untuk simpan di peti
13) Stokin (2-3pasang)
14) Tuala mandi (nipis saja pun boleh)
15) Ubat gigi + berus gigi + sabun travel size + pencuci muka
16) Kain batik - 1
17) Minyak
18) Overnight pad (ciri-ciri mestilah overnight dan wings)
19) Milo + coklat cadbury + roti
20) Sweater kalau aircond
UNTUK BABY:
Pakaian perlu dibawa ke dewan bersalin
1)baju lengan panjang
2)seluar
3) pampers
4)bedung
5) barut (depends pada hospital)
6)mittens dan botties
Barang yang diperlukan jika warded :
1) pampers (new born) bajet sehari 5 keping
2) baju 2 pasang sehari jika czer (jika ada aircond semua lengan panjang pun takpa, jika kipas siang pakai rompers.malam lengan panjang)
3) bedung - baru setiap hari
4)barut (sama dengan baju)
5) tisu basah
6) 1 kotak tisu
7) spray air (lagi bersih untuk cuci najis baby)
8)topi untuk check out
9)mittens dan botties (boleh ikut baju)
10) cotton ball ( untuk cuci pusat - ubat sapu Nurse akan bagi)
11) sikat jenis berus
++++++++++++++++++++
takperlu bawak banyak-banyak, jika takcukup boleh minta suami hantar kemudian
RAMAI tanya, beg nak terus bawa ke jika nak daftar. jawapan dia TAKPERLU. tunggu segala urusan termasuk VE settle, jika Nurse dah bagi no wad dan no katil. baru minta suami hantarkan. jika takdapat masuk, boleh saja minta pegawal kesihatan pass kan.
YANG paling penting, kalau boleh jangan pakai sebarang barang kemas ya.
HARAP MEMBANTU ibu-ibu~~
Best regards,
Humaira Abdullah
1 pengkritik:
Mudahkan kerja bila ada checklist ini.
Post a Comment