Pages

Tuesday, August 14, 2018

TRIP ADIK-BERADIK KE HATYAI&SONGKLA
100BAHT = RM12.24
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ALHAMDULILLAH,
walaupun dalam keadaan yang sibuk, sempat juga arrange percutian pada asal nya "weekend escape" tapi jadi weekday to weekend escape (khamis sampai sabtu) sebab tiket train habis.



mai beli tiket train KL Sentral ke padang besar- 2 August 2018, jam 7 pagi.tiket boleh dibeli di web bawah tapi mai always suggest pergi ke kaunter di KL Sentral. sbb tiada extra charge kalau beli over counter and boleh jimat banyak.
______

KL Sentral - Padang besar = RM 76 (Gold)
Padang besar - KL Sentral = RM 102 (Platinum)

total untuk transport = RM 178
_______
www.ktmtrain.com

>>> PADANG BESAR - kami sampai padang besar dalam jam 12.45pm. sampai je mai bergerak kearah luar stesen (paling mudah, cari signboard platform 3&4) - be carefull sbb ramai sgt org pelawa naik kereta sapu dia. kawasan ni rumit sikit,banyak blog tak explain.

~jalan keluar stesen~

untuk masuk Thailand, kita kena lepas 2 immigration. 1 Malaysia 1 Thailand. Immigration Malaysia dekat je, keluar station jalan dalam 3/4minit da boleh sampai immigration Malaysia. tapi immigration Thailand jauh sikit, tapi still boleh jalan kaki dlm 10minit. tapi kami malas. yes, MALAS..jadinya, keluar je station terus amik kereta sapu (50baht/sorang), dia hantar ke immigration Malaysia, immigration Thailand and tempat bas stop ke bandar hatyai.



DI IMMIGRATION THAILAND-wajib tulis visa sementara warna putih dan sediakan RM1 untuk masuk& keluar Thailand. SIMPAN TOTAL RM2/seorang.
bila da settle immigration Thailand, naik balik kereta sapu tadi ke bus stop untuk ke hatyai.


masuk THAILAND and ke bandar HATYAI, two different story

untuk kebandar HATYAI, kereta sapu hantar ke vanstop (perjalanan border ke vanstop dalam 10minit)

mai naik VAN PUTIH cost 50/baht seorang. perjalanan ambil masa 50-60minit (jauh kan) - jangan tido tau ^^

50baht/seorang.


SURVIVE ! fuhhh~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARI PERTAMA
HOTEL - sampai hotel jam 1 ptg. mai book hotel TANAPAHT thru Agoda.


RM 115.02/seorang untuk 2 malam.

--------------------------------
PENGANGKUTAN

TUKTUK (merah) - mai da book sesiap tuktuk muslim and malay speaking sebelum ke thailand. Abe Ari, kalau nak no contact, roger tauuuu..mai baya 2000baht/full day 2hari. sebab ramai, memang berbaloi sewa tuktuk seharian.cost dalam 400baht/seorang untuk 2hari.




LEPAS ZOHOR >>>>>> berehat sekejap, kami terus ke kedai makan Kelantan untuk lunch. SEDAP, SANGAT SEDAP..breakfast , lunch and dinner semua da try HAHA. Cost untuk makanan tak tentu, sebab different group taksama. untuk kami, setiap kali makan, total akan bahagi 5...family trip sangat kan ^^

++++++++
~SELESAI MAKAN~

>>kami teruskan perjalanan, ada idea dari kami. ada idea dari abe ari <<<

1) BIGBEE Garden

BigBee Garden
Abe Ari bawak ke kilang madu, sekadar tempat tarikan pelancong. mai xbeli madu pun, tapi beli shower gel based from madu. nyesal takbeli banyak.. 180/baht je ..




NEXT terus ke MALL - MALL ni berdekatan dengan Asean Market. WALKING DISTANCE.
mall ni bukan sebarang mall, nak masuk pun kena scan macam lalu immigration tauuuu. and mall ni noted as newest and largest mall in HATYAI.







NEXT TO ASEAN MARKET - walking distance je dgn mall.





naik level 2 - CARI MAKAN.




TOLONG!!! makan kue tiaw tomyam/sup - harga 70baht/mangkuk
SEDAP
SEDAP
SEDAP

ONTHEWAY BALIK~dah ngantuk sangat sebenarnya ^^
singgah LEE GARDEN, ramai cakap meriah
tapi for me xsemeriah Vietnam,

asyik beli je budak ni,


lepas jalan 1round - terus panggil tuktuk untuk balik ke HOTEL.
hotel kami walking distance TAPI ngantuk&malas nak jalan.

HAHA

gunakan kemudahan yang ada KAN

+
+
zzzzzzz

(stay pretty guys!)



0 pengkritik:

Post a Comment