Pages

Monday, December 28, 2015

sebuah erti PENGHARAPAN?

erti PENGHARAPAN bagi aku

Tamatnya SPM, aku berharap dapat menyambung pengajian di ANY institusi awam kecuali UiTM JENGKA..aku taknak terlalu dekat&xnak terlalu kampung..dengan takdir ALLAH sebaik pengatur, aku dipilih sebagai pelajar UITM JENGKA, PAHANG untuk course Diploma In Accountancy..sedihnya xterkata, sehingga di redakan oleh ayah.. "kalau miyak xnak belajar sini selepas 1-2 bulan, ayh usaha antar miyak ke Indon utk course pharmacist.." ,maka dengan senang hati akan teruskan hidup disana~day past day, hari sudah jatuh cinta dengan UiTM jngka..maka aku pun teruskan pengajian di Uitm jngka selama 3tahun dan berjaya tamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang..dari xnak, jadi sayang nak tinggalkan UITM JENGKA.

Tamatnya Diploma, hati ingin sesuatu yang lebih mencabar. aku nak cuba sesuatu yang lain.. aku ingin menyambung pengajian terus ke professional ~ Associate Chartered Certified Accountant (ACCA)  dengan berbekalkan no pin, azam & harapan,. aku apply ACCA&Bachelor in Accountancy (Hons) (UITM) serentak..dengan harapan dalam hati, dpt UiTM shah alam (Uitm semua student idamkan)..rupanya dengan sekali lagi takdir Tuhan, aku tersilap apply..aku gagal dalam application untuk ACCA - even interview pun xdipanggil dengan resurt cgpa 3.60..kerana terlalu berharap, sedihnya sehingga aku diam-diam apply KPTM, course ACCA..alhamdulillah dapat tapi resurtnya lambat(kalau xsilap) - aku sudah pun di tengah sem1 degree.. dengan banyak hal lain seperti pendaftaran , rumours pasal kptm sana maka aku pendamkan hasrat untuk acca - degree in accountancy way better for me..aku serahkan segalanya kepada Allah. cantik aturan Allah, aku masih di Uitm Jengka untuk tahun ke4 selepas diploma. tempat dimana pada mulanya aku sangat tidak mahu.maka aku abiskan sisa umur remaja di Uitm Jengka 2007-2013

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

selepas tamatnya exam last degree, aku fly menunaikan umrah..disana doa yang selalu dimulut ku ;

1) Jadikan aku student first class degree
2) berilah mana yang terbaik untukKu, sambung ACCA atau mencari pekerjaan

dengan nikmat Allah yang maha memberi, aku tamat degree in Accountancy dengan first class degree.dpt kabar berita ketika ditanah suci.tersungkur kegembiraan lalu aku panjatkan kesyukuranKu kepadaNya direct dari rumahnya yg mulia..

month berganti month, aku masih solat memohon petunjuk untuk sambung acca/cari kerja..hati ini trlalu ingin menjadi student acca..terlalu ingin mencabar diri untuk mengambil exam yang digeruni ramai student accounting. dengan bantuan keluarga&my kazen. sekali lagi dengan pengharapan yang tinggi, aku ingin menyambung pengajian di UK.segala persiapan seperti exam IELTS, Con letter from Kaplan, London, passport,agent..semua sudah diuruskan.tetapi dengan kuasa tuhan , aku gagal interview dari MARA..entah mana silapnya..entah mana kekurangnya..setiap apa yang aku berharap - semua xjadi.

sms dari AYAH ketika hatiku hancur dek kerana terlalu berharap ingin menyambung pengajian ke luar negara - really touch my heart till now.

kerana TERLALU ingin menyambung ACCA, dalam masa yang sama aku juga pergi interview di UITM SHAH ALAM - ketika interview uitm., aku tidak berharap walau sekelumit didalam hati untuk menyambung disini kerana hati terlalu ingin sejuk-sejuk di UK. segalaNYA perancangan yang MAHA MENGETAHUI, aku gagal ke UK tetapi berjaya ke UITM SHAH ALAM mengambil course yang sama ACCA. dengan berat hati, kesedihan yang mendalam - aku menyambung acca di uitm shah alam dengan tidak happy langsung! uitm shhalam dimana uitm yang aku idamkan masa degree Allah da tunaikan tetapi aku tidak suka dengan tempat yg congested- maka betullah sesungguhnya Allah maka mengetahui.Allah tempatkan aku di Uitm jngka selama hampir 7tahun.. pengajian ACCA juga Allah dah tunaikan tetapi aku dtg kt shhalm tanpa kawan/keluarga,aku xseronok,,aku keseorangan menyambung pengajian dan Alhamdulillah jumpa 6org sahabat yang baik ketika di Sem1..dan bertambah jumlah kawan di Sem sem berikut..maka yakinlah ak, doa aku ketika dimekah sudah dimakbulkan..ACCA lagi baik dari bekerja.

kehidupan diteruskan dengan rasa syukur, semasa sem 3..dengan izin Allah, aku dimurahkan rezeki dgn perniagaan online dan dalam masa yang sama, kawan di UK&IRELAND yang mengambil course yg sama ng aku invite ak kesana untuk bercuti..sesungguhnya semua perancangan Allah, dengan kesedihan yg maha sedih aku gagal menyambung pengajian disana - Allah aturkan perancangan yang aku sendiri xjangka..tanggal 13Jun2014, aku ke UK&EUROPE *bercuti kesana selama SEBULAN dengan duit sendiri hasil dari perniagaan dan tidak ada loan..aku juga kesana seorang diri bertemankan passport yang aku buat khas untuk menyambung pengajian sebelum ni..dan aku dapat jejak ke 14negara eropah+england...maka benarlah, sesungguhnya perancangan Allah maha terbaik.


sehingga ke harini, saat ni...jika aku pikirkan jalan-jalan yang aku lalui..betapa banyaknya nikmat tuhan bagi dan aku hanya perlu redha&bersabar..impian aku untuk ke UK, sudah tertunai ya Tuhan..

tanggal 29Nov2014, aku diUji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak mengetahui sebabnya. lelaki yang pernah aku minati dulu berkahwin dengan wanita lain&pilihan hatinya. maka tahulah aku, sesungguhnya aku bukan pilihan hatinya. segala pengharapan aku selama ni, disia-sia kan begitu sahaja.

AKU teruskan kehidupan dan menghabiskan sisa paper ACCA yang tinggal. pada OKT2015, aku telah berjaya abiskan kesemua paper ACCA dan officially affiliate. paper yang digeruni ramai pelajar accounting sekarang berada ditangan aku & aku sudah habiskan dengan jayaNya..terima kasih tuhan untuk segala nikmat yang tidak terkata banyakNya. impian aku untuk mengambil ACCA dah tertunai & sudah berjaya.

MASA berganti, aku direzeki kan dengan sahabat yang baik. seorang akk yang membawa masuk resume aku ke dalam one of big firm in Malaysia - Deloitte. ex employer masa trainee 2012. Alhamdulillah segala dipermudahkan - masa interview aku tidak meletakkan sebarang harapan kerana untuk enter the frm terlalu susah. aku enjoy the assessment- i can talk fluently, xbrdebar, smue mudah. dan Alhamdulillah sesuatu yang aku tidak berharap kini menjadi hak aku - aku ditawarkan kerja sebagai pembantu Audit dengan gaji seorang ACCA affiliate..

dan KINI, untuk kali ke2 nya, selepas setahun - hati aku sekali lagi dikecewakan dengan seorang lelaki yang baik. mungkin ia baik untuk orang lain, tetapi tidak bagi aku..penantian selama ni, menjadi sia-sia.

maka berharaplah hanya pada TuhanMu, bukan pada hambaNya..

pengharapan itu pahit, maka janganlah terlalu berharap.

-2012-

Allah mengatur semua dengan baik, 

Aku minta dengan tuhan samada ACCA/ bekerja yang baik untukku..rupanya Allah nak bagi ke duaNya dalam msa 3-4tahun.

Aku minta dengan tuhan nak sambung belajar di UK..rupanya Allah nak bagi aku pergi ke UK untuk enjoy.bukan untuk stress study.

Aku minta dengan tuhan dijodohkan dengan lelaki yang aku minat, tetapi Allah masih tidak makbulkan. aku yakin, Allah merindui tangisan aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

biarlah nukilan ini, menjadi kenangan untuk diIngati
28Dec2015 | 5.09pm

*penulisan tanpa edited.sedikit kacau bilau



Best regards,
Humaira Abdullah

1 pengkritik:

Anonymous said...

Mujur singgah kt sini. Baru tersedat pengaharapan tu sgt pahit. Tq mai. My fav junior ^_~

Post a Comment