3MAC2015 - hari ke 3, seawal 7pagi kami da gerak ke shin-osaka station untuk naik Bullet Train (Shinkasen) ke tokyo, disebabkan tempat pertama persinggahan kami di Tokyo Tower, jadi kami kena turun di station Hamamatsucho. perjalanan dari osaka ke tokyo mengambil masa selama 4jam untuk sampai ke station Hamamatsucho.
gambar idaman
mai akan boarding Bullet Train - Train terpantas di Dunia.
hormat penumpang lain. silent please.
Didalam Shinkasen, sangat selesa dan sangat laju. bile berselisih dengan shinkasen lain, terasa bergegar. Cost untuk ke tokyo menaiki shinkasen lebih kurang RM400/sehala tetapi sebab kami ada JR PASS, its free !!!
Mount Fuji, SubhanaAllah berpeluang dan bernasib baik.cuaca baik dan nampak dengan Jelas. sangat besar ! jika naik shinkasen, tanya pemungut tiket pasal Mt Fuji, nanti mereka akan bgtau pukul berapa shinkasen akan melintasi Fuji and we can get ready with kamera.
setiba di station, tanya kaunter macamana ke Tokyo Tower, perlu berjalan, jauh juga tapi menarik dan bes sebab berjalan di TOKYO KOT! cuma yang xbest, cuaca terlalu sejukk.
susur deret-deret kedai sebelum sampai ke tokyo tower.
sempat snap dijalanan, cuaca sejuk.
TOKYO TOWER, klon Eiffel Tower di Paris
Jumpa Turkish di sana.
Temple is everywhere
===============
SELEPAS, tokyo tower kami bergerak ke Koshikawa Korakuen ( Garden) , garden ni one of oldest garden in Tokyo dan berada ditengah-tengah bangunan pencakar. untuk sampai ke sini, turun di Suidobashi Station. FREE sbb cover by JR pass kami..Garden ni juga perlu berjalan dan ada direction. Just follow the direction. to enter, fee 300yen.
waktu terbaik datang dimusim luruh dan musim bunga. kalau musim bunga(late Mac-early April) bunga sakura bersepah tepi jalan, awesome gila !
satu sudut dalam Garden
pemandangan dalam garden sangat cantik dan boleh lihat bangunan pencakar disekeliling garden.
==> selepas ke Garden, kami bergerak ke Asakusa dan Sky Tree. di Asakusa kita boleh lihat old Tokyo - tokyo zaman dolu-dolu. plus, siapa nak beli souvenir please beli disini. untuk sampai ke Asakusa, kami hanya perlu direct ke Asakusa Station(tsukuba) mengunakan Subway (cost 210yen)
pintu masuk, shopping? ready !
depan Sesoji, famous Temple.
yang best, kiri kanan jual souvenir. susah nak jumpa souvenir shop di Tokyo, kecuali daiso & 100yen shop.
Plan nyer nak ke TOKYO SKY TREE belakang tu, tapi jauh&xcukup masa. was main attraction tapi mahal kot nak naik, murah lagi KLCC. tengok dari jauh pun dah cukup.
++++
SELEPAS tu, kami terus bergerak ke Akihabara, syurga barang electronic. excited nak pergi tapi xcukup masa dan memang niat nak tengok-tengok. bukan nak beli pun.lagipun hari da petang dan tempat wajib tokyo xpergi lg - SHIBUYA.
jadinya kami turun dari station and snap picture sebagai kenangan.
dah PUAS HATI, kami terus bergerak ke SHIBUYA dan turun di shibuya station.
siapa datang ke TOKYO, sila lah ke shibuya street ni. takberniat nak shopping pun mesti datang sini sebagai bukti dah datang Tokyo ^___*
MAIN ATTRACTION kat sini is zebra crossing ni. Fast Furious - Tokyo Drift pernah drift kat sini. sekali lampu hijau utk pedestrian beribu orang yang datang dari sudut mana entah akan melintas zebra crossing ni. mai pun 2,3kali juga melintas. seronok.
jam menunjukkan kul7malam. MAKA, kami bersurai dari sini untuk balik ke OSAKA. perjalanan mengambil masa 4jam juga dan sampai di Shinimamiya Station pada kul12am. letih tapi happening.
TOKYO
-mai nak datang lagi-
sepanjang di Jepun,
mai banyak refer to website : japan-guide.com
untuk next day,
mai akan ke HIROSHIMA, NARA & KOBE
stay~
Best regards,
Humaira Abdullah
0 pengkritik:
Post a Comment